Sunday, December 6, 2015

PENGAJIAN DEWASA (WARGA EMAS)

PENDAHULUAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Madrasah Irshad Al-Ashraf Al-Wataniah (Pondok Tuan Guru Haji Yusoff) yang merupakan sebuah institusi pondok yang masih mengekalkan pengajian kitab-kitab turath (kitab kuning).

Pengajian yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar dewasa antara nya ialah ;
 Pengajian Talaqqi Kitab, Pengajian Al-Quran dan Tajwid, kelas celik jawi dan kelas fardhu ain.

Pengajian talaqqi kitab diadakan di surau selepas setiap solat fardhu, pengajian Al-Quran & tajwid juga disurau atau dirumah guru masing-masing. Cuma pengajian celik jawi dan fardhu ain sahaja diadakan didalam kelas.

--------------------------------------------------------------------------------------------
SYARAT KEMASUKKAN
1. Berumur 40 tahun ke atas.
2. Tidak bekerja.
3. Tidak gila atau terlalu uzur.
4. Tidak mempunyai suami/isteri yang masih bersama. (Jika pemohon hanya salah seorang)
5. Sanggup untuk memberi komitmen dengan pengajian dan solat berjemaah.
6. Tidak mempunyai masalah dadah, jenayah atau seumpamanya.
7. Sanggup untuk mematuhi dan mengikut segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Madrasah.



--------------------------------------------------------------------------------------------




--------------------------------------------------------------------------------------------
SILA HUBUNGI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


PENYELIA bhg. DEWASA
Ustaz Abd. Aziz Hj. Badray (Ustaz Nan)
h/p : 012-463 8467

PENOLONG PENYELIA bhg. DEWASA
Ustaz Roslan Selamat (Ustaz Yan)
h / p : 012-451 6573

PEJABAT
Tel / Faks : 04-582 6389

atau boleh datang terus ke alamat berikut :

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (RAKYAT)
MADRASAH IRSHAD AL-ASHRAF AL-WATANIAH
(Pondok Tuan Guru Haji Yusoff)

No. 302, Jalan Stesen, Sungai Bakap,
14200 Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang, MALAYSIA.
-----------------------------------------------------------------------------------
ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI WARGA EMAS IRSHADIAH
KLIK SINI
 

Tuesday, December 1, 2015

Kerja-kerja membaiki dan membina pondok dan asrama putera Irshadiah...








Pondok Pelajar Putera :

1 . Mempunyai 72 buah pondok bersaiz di antara 15' x 6'.
2 . Binaan terdiri daripada lantai papan, dinding papan dan atap nipah.
3 . Setiap pondok hanya dibenarkan seorang penghuni sahaja.
4 . Penghuni pondok diberi keutamaan kepada pelajar 'senior' sahaja. Pelajar baru ditempat di asrama.
5 . Setiap pondok disediakan lampu kalimantang dan tidak disediakan socket tambahan untuk  alatan elektrik (tidak dibenarkan oleh pihak sekolah).

Kerja-kerja menaiktaraf dan pembaikan pejabat & bilik ustazah hampir siap....

Ruang dalam pejabat

Ustaz Azmi Kamis, Penyelia projek

Bahagian tepi pejabat

Bahagian belakang pejabat



Wednesday, November 11, 2015

AKTIVITI WARGA EMAS IRSHADIAH

Warga Emas Irshadiah menunaikan umrah

Menziarahi Pusat Pengajian Al-Barakah, Ipoh (Ustaz Kazim Elias)

Menziarahi Makam Tok Kenali, Kelantan

Wakaf Bank Muamalat Selangor membuat pemeriksaan kesihatan kepada warga emas Irshadiah

Gotong-Royong memasak jamuan kenduri

Warga emas sedang menjamu selera

Tuesday, November 10, 2015

'AL-FATEHAH'

Isteri kepada Murabbi Irshadiah, Ustaz Mohd Fuzi Bin Hj. Badray (Allahyarhamah Suriati Binti Sabri) telah kembali ke rahmatullah pada malam selasa 09.11.2015.
"..Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...aminnnnn..."

Saturday, October 31, 2015

"Titipan Kasih Harian Metro"

Pembetulan, nama madrasah yang betul ialah, MADRASAH IRSHAD AL ASHRAF AL WATANIAH. Lelaki berbaju merah dalam video tersebut bukanlah Mudir/Pengetua madrasah ini, beliau ialah En. Shakri (AJK Jemaah Tadbir Madrasah).

Wednesday, October 21, 2015

Pondok Masuk METRO! "Titipan Kasih"

HARIAN METRO "TITIPAN KASIH HARIAN METRO" 10 OKTOBER 2015 (SABTU)
Tn. Guru Haji Abdul Aziz Hj. Yusoff (Mudir) menerima sumbangan daripada 'Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi Harian Metro' dalam program 'Ride Santai HM 2015'

"Kekal Pengajian Pondok Tradisonal kerana ia mempunyai keUNIKkan tersendiri"

"Warga Emas" (Pelajar Dewasa)

"Abg Yan sedang berurusan dengan tok-tok"

RIDE SANTAI HARIAN METRO 2015

Sunday, October 11, 2015

Perjumpaan Bekas-Bekas Pelajar Irshadiah pada 12 November 2011

Cenderahati Untuk Para Murabbi Irshadiah

Persatuan Bekas Pelajar Pondok Sungai Bakap

Pelajar Puteri sedang menjamu selera

Abg Yan dan Pak Wan sedang membakar kambing

Tn. Guru Haji Abd. Aziz Hj. Yusoff (Jubah Kuning) bersama-sama orang lama

Para pelajar berkumpul

'Warga Emas'

Hadiah cabutan bertuah

Pelajar Putera

Jemputan sedang menjamu selera

Guru sedang menerima cenderahati

Tn. Guru Hj. Yusoff menerima cenderahati daripada Tn. Guru Hj. Salleh

Al-Marhum Ustaz Omar Abdullah bersama isteri Ustazah Raznah Abd. Halim

Us fuzy sedang memasak

Acara memotong kek (kek tak nampak)

Para pemenang cabutan bertuah

Ustaz Talib sedang meng'tackle' Ustazah

Wednesday, September 30, 2015

Pesanan Al-Marhum Tuan Guru Haji Yusuff Bin Haji Saad

"Belajarlah sehingga kamu boleh mengajar"

Al-Fatihah,
Almarhum Tn. Guru Hj. Yusoff Bin Hj. Saad
1918-1979

Wednesday, May 20, 2015

TUAN GURU HAJI YUSOFF BIN HAJI SAAD - 1918-1979 (Pengasas Pondok Tuan Guru Haji Yusoff)

Tuan Guru Haji Yusoff, Menabur Bakti Dalam Pendidikan

Sempena Hari Guru kali ini, saya akan membawa sebuah biografi seorang ulama dan guru yang telah menyerahkan seluruh hidupnya dalam kebaktian pada pendidikan iaitu Tuan Guru Haji Yusoff.

Tuan Guru Haji Yusoff bin Haji Saad dilahirkan pada tahun 1918 di Kampung Relau, Bandar Baharu, Kulim Kedah. Namanya terkenal dan meniti di bibir masyarakat Seberang Perai Selatan dan utara Perak. Beliau telah diasuh dan dididik dengan penuh nilai keislaman serta kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Suasana itu menyebabkan beliau sangat disenangi oleh masyarakat kerana sikap lemah lembutnya tetapi tegas dalam perkara melibatkan akhlak anak-anak muridnya.


Pendidikan Awal
Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak iaitu sebuah madradah yang tidak asing lagi dimata masyarakat Islam di sebelah utara. Di situlah lahirnya ramai cerdik pandai dan agamawan yang ulung. Beliau memulakan pengajian bersama sahabat karibnya, Tuan Guru Ustaz Haji Ibrahim, yang juga sepupunnya. Setelah tamat pengajian beliau menyambung pengajian di Pondok Guar Chempedak, Yan Kedah yang ketika itu dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdullah Sanaf, seorang guru yang alim.
Setelah beberapa tahun kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Madrasah Daeratul Maarif Wataniah, Kepala Batas yang dipimpin oleh seorang ulama yang sangat disegani ramai, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim. Beliau sempat mengutip mutiara-mutiara ilmu dari Abdullah Fahim. Kemudain beliau melanjutkan lagi pengajian ke Madarasah Manabiul Ulum Wamataliu’nujum yang ketika itu dipimpin oleh seorang ulama terkemuka bernama Syeikh Usman Jalaluddin al-Kalantani yang merupakan murid kepada Tok Kenali. Di sini kewibawaan beliau mula terserlah apabila beliau diamanahkan mengetuai usrah-usrah dan majlis muzakarah di madrasah tersebut.
Seterusnya beliau beriltizam untuk meneruskan pengajian ke gedung ilmu yang termasyhur iaitu Makkah. Hasrat beliau itu tercapai apabila tamat pengajian di Manbiul Ulum dan terus melanjutkan pengajian ke Makkah. Ketika di sana beliau sempat bersahabat dengan beberapa tokoh yang terkenal seperti Tuan Guru Abu Bakar Baqir, pejuang kemerdekaan dan juga pengasas Mahaad Ehya Syariff.
Mendirikan Rumah Tangga
Setekah selesai pengajian di Makkah, pada tahun 1953 beliau pulang dan bertemu jodoh dengan Hajah Kalsom Haji Putih adik perempuan kepada sahabat beliau Tuan Guru Haji Talib bin Haji Putih. Hasil perkongsian hidup dengan Hajah Kalsom,mereka dikurnaikan enam cahaya mata. Salah seorangnya ialah Ustaz Haji Abdul Aziz, yang kini memikul tanggungjawab sebagai mudir Madrasah Irshadiyah al-Asharaf al-Wataniah.
Membuka Madrasah
Pada tahun 1953, beliau telah melihat dan mengkaji perlunya masyarakat tempatan di sekitar daerah Seberang Perai khususnya Sungai Bakap kepada sebuah madrasah atau pusat pengajian yang berteraskan pondok. Oleh sebab itu, beliau telah memilih sebuah perkampungan Islam di Jalan Stesen, Sungai Bakap untuk mendirikan sebuah musolla dan seterusnya menjadi sebuah madrasah. Atas keprihatinan dan bantuan penduduk setempat akhirnya hasrat beliau itu tercapai. Madrasah tersebut dinamakan Madrasah Irsyad al-Ashraf al-Wataniah yang bermaksud Petunjuk dan Penggerak Anak-anak Bangsa.
Dengan tertubuhnya madrasah ini, maka ramailah anak murid yang dating untuk menuntut ilmu. Anak muridnya tidak terbatas sekadar di kawasan Sungai Bakap sahaja malah hingga ke daerah Kerian seperti Perit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai dan kawasan sekitarnya.
Menyedari suasana pendidikan yang sentiasa berubah, maka beliau telah menerima cadangan yang dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Halim anak saudaranya, untuk membahagikan pengajian kepada dua bahagian iaitu nizami dan umummi. Tuan Guru Haji Yusoff mengajar dan mentadbir bahagian umummi manakala Tuan Guru Haji Abdul Halim mengajar dan mentadbir bahagian nizami.
Tuan Guru Haji Yusoff mengajar dengan penuh rasa tanggungjawab demi memastikan anak-anak muridnya mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya. Oleh sebab itu beliau sangat bertegas dengan tatatertib dan disiplin diri seorang pelajar. Antara perkara yang dititik beratkan ialah, beliau tidak suka pelajar menyimpan rambut panjang dan membaca majalah-majalah yang tidak berfaedah.
Kembali ke Rahmatullah
Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang hidup akan meninggal dunia. Begitulah juga dengan Tuan Guru Haji Yusoff. Beliau kembali ke rahmahtullah pada 1 Muharam 1399/20 Disember 1979. Pemergian beliau ini telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada anak murid dan masyarakat setempat.
Tugas beliau akhirnya dipangku oleh anak saudaranya Tuan Guru Haji Abdul Halim. Jasa beliau tidak mungkin dapat dilupakan oleh masyarakat setempat kerana telah mewariskan sebuah institusi pendidikan yang sangat berjasa pada anak bangsa. Antara pesanan terakhir kepada anak murdnya ialah: “Aku mengajar supaya kamu boleh belajar”. Begitulah jasa dan sumbangan Tuan Guru Haji Yusoff pada masyarakat setempat. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT.